3 Sebab Untuk Mengguna Pinjaman Koperasi
- Iman
- Dec 5, 2019
- 2 min read
Updated: Dec 13, 2019
1. Alternatif untuk Permohonan Pinjaman Bank Komersial yang tidak Diluluskan

Biasanya, proses kelulusan Pinjaman Koperasi lebih fleksibel jika dibandingkan dengan bank komersial. Ini adalah kerana skim bayaran balik adalah melalui potongan gaji (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara). Kebanyakan koperasi menerima permohonan peminjam yang mempunyai rekod CCRIS / CTOS negatif (contohnya Akaun Perhatian Khas atau melebihi 3 bulan bayaran lewat) mahupun peminjam yang tiada sejarah kredit.
Koperasi kemungkinan juga dapat meluluskan pinjaman bagi mereka yang mempunyai komitmen kewangan yang tinggi. Namun begitu, Pinjaman Koperasi hanya akan diluluskan jika jumlah potongan di slip gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar peminjam bagi memastikan peminjam yang bertanggungjawab.
2. Selesaikan Bayaran Tertunggak dan Padamkan Rekod Negatif CCRIS / CTOS

Rekod bayar balik pinjaman yang tidak konsisten (termasuk juga pinjaman di mana anda selaku sebagai penjamin) akan mengakibatkan rekod kredit negatif. Jika ini berlaku, kemungkinan besar pihak bank tidak akan meluluskan pinjaman rumah, kereta atau permohonan kad kredit anda.
Dalam perkara ini, lebih baik untuk mohon Pinjaman Koperasi dan gunakan hasilnya untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Ini bukan sahaja akan memadam rekod negatif CCRIS/CTOS anda tetapi memberikan fleksibiliti yang anda perlukan. Meskipun begitu, anda disarankan supaya berdisiplin dan membayar balik semua komitmen dan pinjaman anda tepat pada masanya untuk mengekalkan rekod kredit yang cantik.
3. Selesaikan Hutang yang Mahal dengan Kadar Faedah Rendah Pinjaman Koperasi

Walaupun anda mempunyai sejarah kredit yang baik, Pinjaman Koperasi mungkin bermanfaat dalam mengurangkan beban kewangan anda. Jika anda mempunyai baki kad kredit yang berfaedah 15 atau 18% setiap tahun atau pinjaman peribadi dengan faedah tinggi, anda boleh gunakan Pinjaman Koperasi sebagai Penyatuan Hutang dan membayar balik hutang yang tinggi ini.
Sebagai contoh, Koperasi Ukhwah menawarkan sehingga 10 tahun tempoh pinjaman dengan kadar faedah serendah 4.99% setiap tahun sahaja. Sebelum anda mohon pinjaman peribadi, pertimbangkan Pinjaman Koperasi untuk kadar faedah rendah, proses kelulusan yang mudah dan manfaatnya dalam mencegah rekod CCRIS/CTOS negatif. Sentiasa semak butiran produk kewangan, kadar faedah dan tempoh sesuatu pinjaman. Mengikut keadaan kewangan peribadi anda, anda mungkin mendapati Pinjaman Koperasi sebagai penyelesaian yang lebih sesuai untuk anda.
Comments