top of page

Soalan-Soalan Asas Sebelum Mulakan Perniagaan (Online) 2020

  • Iman
  • Dec 13, 2019
  • 1 min read


1. Tak tahu nak jual apa & bila nak start ber-business

 Mungkin anda boleh mulakan dengan menjual produk yang menarik minat ataupun dengan menggunakan pengalaman anda. Jika anda minat dengan gajet, anda boleh menjual barangan elektronik dan jika anda seorang yang minat dan juga mahir dalam kecantikan, mulakan dengan menjual produk-produk yang berasaskan kecantikan.

Dengan minat, kita akan sentiasa mempunyai semangat untuk terus berniaga.


 2. Perlu ke ada Laman Web?

 Mungkin ada yang berpendapat ianya tidak perlu, cukup hanya dengan menggunakan laman sosial seperti Faceebook dan Instagram sebagai platform untuk berniaga secara atas talian.

Namun, jika anda mempunyai Laman Web itu merupakan kelebihan kerana anda juga boleh membuat jualan di laman sesawang anda sendiri sambil-sambil promosikan barang di media sosial.

Dengan adanya website, kredibiliti jenama atau produk yang anda jual akan meningkat dan ia memudahkan lagi anda untuk berniaga secara online dengan lebih mudah.


 3. Nak mula di mana? Bagaimana?

 Manfaatkan laman sosial yang anda punyai ataupun yang wujud pada zaman yang serba canggih ini. Tetapi pastikan anda mulakan langkah perniagaan anda dengan ilmu juga.

Contohnya, anda boleh berguru dengan individu yang berjaya dalam bidang perniagaan online ni.

Comentarios


© 2023 by Pusakop

bottom of page